News

 

Ladang ternakan babi Pasir Putih bebas ASF

Posted on 09 Mar 2022
Source of News: Utusan Borneo: Sarawak

Source: Utusan Borneo, Sarawak


Dr Rundi pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Penternakan Udang Kara di Sarawak di sebuah hotel di Kuching. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata ladang ternakan babi di Pasir Putih, Simunjan kira-kira 84 kilometer (KM) dari sini masih bebas daripada jangkitan penyakit demam babi Afrika (ASF).

 

Beliau berkata ini dibuktikan dengan hasil ternakan dari ladang tersebut masih dapat dieksport ke Singapura.
Ini kerana katanya, ladang ternakan babi di Pasir Putih mempunyai sistem biokeselamatan yang tinggi dengan semua babi yang diternak di situ diasingkan.
"Tidak semua ladang komersial dijangkiti ASF walaupun banyak ladang di Miri, Sibu, Sarikei dan Betong dijangkiti. 
“Oleh sebab itulah kita menyekat kemasukan babi dari luar ke Pasir Putih bagi mengekang penularan ASF.

 

Beliau berkata ini dibuktikan dengan hasil ternakan dari ladang tersebut masih dapat dieksport ke Singapura. Ini kerana katanya, ladang ternakan babi di Pasir Putih mempunyai sistem biokeselamatan yang tinggi dengan semua babi yang diternak di situ diasingkan.


"Tidak semua ladang komersial dijangkiti ASF walaupun banyak ladang di Miri, Sibu, Sarikei dan Betong dijangkiti. Oleh sebab itulah kita menyekat kemasukan babi dari luar ke Pasir Putih bagi mengekang penularan ASF."

"Sebelum ini pengimport dari Singapura agak bimbang dengan situasi ini tetapi mereka kini sudah faham yang kita mengambil semua langkah (pencegahan) yang perlu dan tahu babi yang diternak di Pasir Putih bersih. Sebenarnya kebanyakkan (daging) babi yang dieksport adalah dari ladang komersial di Pasir Putih," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Penternakan Udang Kara di Sarawak di sebuah hotel di sini, hari ini.


Dr Rundi berkata ASF sama seperti penyakit yang tidak dijangka, merupakan bencana kerana jika ada satu atau dua babi di ladang ternakan dikesan mati akibat virus tersebut, semua babi di situ harus dihapuskan. Mengakui langkah memusnahkan semua babi di ladang yang dijangkiti ASF langkah amat mengecewakan, Dr Rundi berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) melakukan yang terbaik bagi menghalang ia berlaku pada masa depan.


"Ribuan babi terpaksa dimusnahkan, selain ada yang mati setelah dijangkiti ASF. Jika terdapat seekor dua yang mati akibat ASF, yang lain juga mesti dimusnahkan. Ini penting bagi menyekat virus ini merebak ke ladang-ladang lain," jelasnya. Katanya lagi, bangkai babi yang mati akibat ASF mesti ditanam bagi mengelak penyakit berjangkit.


"Ada media sosial melaporkan penternak membuang bangkai babi mereka yang mati ke sungai atau dengan cara tidak betul. Saya telah mengarahkan JPVS melihat serius perkara ini, jika perlu kita akan memperkenal prosedur operasi standard (SOP)," ujarnya. Pada 15 Januari 2022 Dr Rundi menerusi satu kenyataan akhbar berkata bahagian Sibu dan Sarikei telah diisytiharkan serentak sebagai Kawasan Kawalan Penyakit ASF.


"Tiga daerah iaitu Durin, Sibu, Meradong dan Repok di Sarikei telah disahkan sebagai Kawasan Dijangkiti Penyakit ASF. Ia berikutan selepas sampel dari beberapa ladang babi di kawasan tersebut disahkan positif ASF melalui ujian makmal pada 14 Januari lalu," katanya.


JPVS pula tambahnya akan terus memantau semua ladang babi, sama ada ladang komersial, ladang pekebun kecil atau babi asli yang dipelihara di kampung dan rumah panjang. Dr Rundi turut mengingatkan semua penternak babi agar meningkatkan biosekuriti ladang mereka termasuk tidak menggalakkan lawatan ladang.


Selain itu, tidak dibenarkan masuk untuk kenderaan yang tidak dibersihkan dan dinyahjangkit dengan betul. Pemberian 'swill' menggunakan sisa dapur harus dihentikan kerana produk makanan yang tercemar (termasuk daging babi) sering menjadi punca penularan ASF.

 



Copyright © 2023 Department of Veterinary Services Sarawak
Last Updated On 12 Dec 2024

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Friday
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter closed
image Polls
image Announcement