News

 

Jabatan Perkhidmatan Vateriner Sarawak Teruskan Pemantauan Pastikan Wabak Demam Babi Tidak Menular Ke Sarawak

Posted on 18 Mar 2021
Source of News: Unit Komunikasi Awam Sarawak

Source: Sarawak Public Communication Unit (UKAS)


LAWAS: Jabatan Perkhidmatan Vateriner Sarawak (DVSS) akan terus mengadakan pemantauan di kawasan sempadan Sarawak dan Sabah bagi memastikan wabak demam babi (African Swine Fever) tidak memasuki negeri ini. 

Ketua Perkhidmatan Vaterinar Sarawak (DVSS) Lawas Robine Asut berkata, sebanyak 16 buah kampung dan sejumlah 851 ekor babi telah pun diperiksa di sepanjang satu minggu ini program ini dan akan diteruskan ke beberapa buah kampung lain di Daerah Lawas. 

“Sepanjang satu minggu pertama program dijalankan iaitu dari 8 hingga 13 Mac 2021, Jabatan Vateriner Sarawak telah melawat 16 buah kampung di kawasan Merapok yang berhampiran dengan sempadan Sabah.

“Sebanyak 102 orang penternak kecil babi telah dibuat pemantauan, diberikan kesedaran, taklimat, ceramah dan risalah berkaitan dengan wabak penyakit ini. 

“Mereka juga diberikan penerangan mengenai program-program yang diberikan Jabatan Vateriner Sarawak,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui bagi mengulas Kempen Kesedaran dan Survelan mengawal wabak demam babi (African Swine Fever) bagi Daerah Lawas 2021 pada baru-baru ini.

Dalam perkembangan sama, beliau turut memaklumkan DVSS akan terus menjalankan pemeriksaan dan membuat survilan atau pemantauan terhadap penyakit kaki dan mulut walaupun ketika ini Sarawak bebas daripada penyakit itu. -EDISI UKAS



Copyright © 2023 Department of Veterinary Services Sarawak
Last Updated On 26 Jul 2024

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Friday
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter closed
image Polls
image Announcement