picture

News

 

PKP: Klinik veterinar dibenar beroperasi

Posted on 26 Apr 2020
Source of News: Harian Metro

Sumber: Harian Metro


KERAJAAN bersetuju memberi kebenaran kepada klinik veterinar swasta beroperasi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran pembukaan klinik veterinar itu dibuat atas permintaan ramai pencinta haiwan yang bimbang haiwan peliharaan mereka sakit tidak dapat dirawat.

Justeru, katanya, kerajaan bersetuju membenarkan klinik veterinar ini dibuka tetapi perkhidmatan rawatan ke atas haiwan hendaklah dilakukan berdasarkan temu janji sahaja.

"Pemilik haiwan peliharaan perlu menghubungi klinik veterinar berdekatan dengan lokasi yang mereka tinggal untuk mendapatkan tarikh temu janji terlebih dahulu.

"Ini bagi mengelak klinik veterinar sesak, selain untuk mengawal pergerakan secara besar-besaran," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Mengulas mengenai pengagihan penutup hidung dan mulut percuma Ismail Sabri berkata, seperti diumumkan sebelum ini, kerajaan memperuntukkan 30.7 juta keping untuk orang ramai.

"Proses pengagihan ini diuruskan dan diselaraskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah melalui 162 pejabat daerah.

"Sehingga semalam sebanyak 24.8 juta keping penutup hidung dan mulut atau 81 peratus telah diagihkan, yang mana setiap isi rumah diberi empat keping topeng muka," katanya.

Beliau berkata, bekalan penutup hidung dan mulut juga telah dihantar ke Sabah dan Sarawak dan dalam proses pengagihan ke daerah-daerah.



Copyright © 2023 Department of Veterinary Services Sarawak
Last Updated On 15 Apr 2024

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Friday
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter closed
picture Polls
picture Announcement