picture

News

Pindaan ordinan perkasa peranan JPVS membendung penyakit haiwan berjangkit

Posted on 23 Nov 2022
Source of News: Utusan Borneo Sarawak

Sumber: Utusan Borneo Sarawak

Dr Simon pada Persidangan DUN hari ini. - Gambar Muhammad Rais Sanusi

KUCHING: Pindaan Ordinan Kesihatan Awam Veterinar,1999 selepas Rang Undang-Undang Kesihatan Awam Veterinar (Pindaan), 2022 diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) membantu memperkasakan lagi peranan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) membendung penyakit haiwan berjangkit melalui sempadan negeri ini.

Dr Simon Sinang (GPS-Tebedu) berkata, malahan ia akan membolehkan pasukan khas Immune Belt Enforcement Team (IBET) yang ditubuhkan di bawah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) membantu JPVS menjalankan aktiviti kawalan penyakit haiwan berjangkit melalui sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan yang dikenali sebagai immune belt atau jaluran/zon penampan. 
"Inisiatif penubuhan IBET adalah langkah yang konkrit ke arah menangani penularan wabak rabies serta membantu JPVS mengawal wabak penyakit demam babi Afrika di pedalaman secara sistematik dan berkesan. 
"Pada masa yang sama pasukan ini dapat membantu Sarawak mengekalkan status bebas penyakit kaki dan mulut atau foot and mouth disease (FMD) di mana status ini membolehkan Sarawak mengeksport haiwan dan produk haiwan dengan nilai melebihi RM300 juta setahun," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan RUU Kesihatan Awam Veterinar (Pindaan), 2022 yang dibentangkan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom yang diluluskan DUN pada persidangan hari ini.

Tambah Dr Simon, sebanyak 32 team IBET akan ditempatkan di sepanjang 1,032 kilometer (km) di sempadan Sarawak-Kalimantan. 

Katanya di Semenanjung Malaysia terdapat juga pewujudan immune belt (30-50km) di sempadan Thailand-Malaysia (melibatkan negeri Kedah dan Kelantan) yang dikendalikan JPV Malaysia tetapi tidaklah sebegitu komprehensif seperti IBET di Sarawak.

Beliau berkata selain pengawalan sempadan, kerjasama yang berterusan bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) amat penting dalam pengurusan ‘integrated bite case management’ di mana kes gigitan haiwan dilaporkan kepada JPVS. 

Sehubungan itu IBET membantu JPVS dengan memastikan setiap kes gigitan diambil tindakan segera serta mengelakkan penyakit ini meragut lebih banyak nyawa di Sarawak.

"Penularan wabak rabies di Sarawak adalah serius sehinggalah pada 2017 pihak berkuasa telah mengisytiharkan wabak tersebut sebagai Bencana Tahap II seperti yang termaktub dalam Arahan Majlis Keselamatan Negara No.20 (MKN 20) yang mewajibkan semua agensi kerajaan menggunakan sumber-sumber secara bersepadu untuk membendung penularannya. 

"Sejak 2017 hingga kini seramai 46 orang terkorban daripada 52 mangsa rabies. Manakala tahun 2022 sahaja lapan terkorban daripada 12 kes. 

"Rabies boleh dikawal sekiranya 70 peratus populasi anjing di Sarawak disuntik vaksin rabies dan mangsa yang digigit perlu mandapat rawatan segera di hospital.

Sementara itu beliau turut bersetuju dengan idea penubuhan agensi baharu iaitu Perkhidmatan Pemeriksaan dan Kuarantin Sarawak di bawah Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah untuk membantu Jabatan Veterinar, Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan bergabung menjaga ICQS di Biawak, Tebedu, Sungai Tujuh dan di lapangan terbang.

"SAQIS ini serupa dengan MAQIS di Semenanjung di bawah MAFI. Penubuhannya akan menyelesaikan masalah kekangan staf veterinar dan pertanian yang kritikal serta dapat fokus kepada tugasan dan dapat saling membantu IBET. 

"Saya juga ingin menyarankan agar Kerajaan Sarawak menambah jawatan veterinar daripada 290 pelbagai gred kepada sekurang-kurangnya 1,000 orang agar dapat menyaingi DVS Sabah yang mempunyai lebih 750 staf untuk mengawal penyakit, tugas regulatori dan pembangunan industri ternakan," katanya.

Copyright © 2023 Department of Veterinary Services Sarawak
Last Updated On 15 Apr 2024

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Friday
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter closed
picture Polls
picture Announcement