picture

News

 

JPVS sasar tiada kes rabies di Sarawak menjelang 2025

Posted on 17 Sep 2022
Source of News: Utusan Borneo: Sarawak

Source: Utusan Borneo, Sarawak

SERIAN: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) menyasarkan tiada kes rabies dilaporkan menjelang tahun 2025, kata Pengarahnya Dr Adrian Susin Ambud di sini, hari ini.

Perkara itu tambahnya, hanya boleh dicapai sekiranya orang ramai bersama membantu pihaknya untuk mencegah penularan wabak berkenaan.

"Program ini merupakan gabungan tiga program yang dilaksanakan di sini secara serentak.

"Yakni bagi mempromosikan penjagaan binatang peliharaan yang bertanggungjawab, program pemandulan anjing peliharaan dan program perlesenan haiwan peliharaan dijalankan pihak Majlis Daerah Serian (MDS)," katanya.

Program vaksinasi anti-rabies telah dilaksanakan sejak 2017 dan setakat ini 72 kawasan terjejas wabak rabies di seluruh Sarawak.

Pihaknya turut merekodkan 45 kes kematian manusia sejak 2017.

Hampir 10,000 ekor anjing juga telah divaksin pada tahun ini berbanding 14,000 ekor yang direkodkan pada tahun lepas.

"Anjing diwajibkan untuk divaksin dan menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 40 (1) jika anjing peliharaan tidak divaksinkan," tegasnya.

Sementara itu, Penolong Pegawai Veterinar Cassandra Ch'ng berkata, setakat jam 4 petang tadi pihaknya telah memvaksin 96 ekor anjing untuk dos pertama, sementara 34 ekor diberi dos penggalak.

Pada masa sama, pendaftaran pemilikan anjing peliharaan untuk tujuan pelesenan dan menanam cip di kaunter Majlis Daerah Serian mencatatkan 36 ekor.

Bagaimanapun tegas Cassandra, pilihan diberikan kepada pemilik kucing untuk membuat janji temu dan memvaksin haiwan peliharaan mereka di mana-mana cawangan veterinar swasta berdekatan di seluruh negeri.

"Jangan biarkan kucing anda berkeliaran, terutama jika ia tidak divaksinkan," tambah beliau.

Beliau turut mengingatkan luka terbuka jika terdedah atau terkena air liur anjing mahupun kucing yang mempunyai rabies juga senang untuk dijangkiti penyakit berkenaan.

Seramai 18 kakitangan dari ibu pejabat JPVS, Makmal Diagnostik Veterinar Negeri Sarawak (SVDL), MDS dan Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan Sarawak (SSPCA) dan Place Borneo membantu menjayakan program berkenaan.



Copyright © 2023 Department of Veterinary Services Sarawak
Last Updated On 15 Apr 2024

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Friday
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter closed
picture Polls
picture Announcement