picture

News

 

Lembu, kambing di Sarawak bebas FMD, selamat untuk ibadah korban

Posted on 09 Jul 2022
Source of News: Sinar Harian

KUCHING - Tiada kes penyakit kuku dan mulut (FMD) melibatkan lembu dan kambing yang diternak di Sarawak setakat ini, kata Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/210715/EDISI/Lembu-kambing-di-Sarawak-bebas-FMD-selamat-untuk-ibadah-korban-1.210715
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan
 Karangkra
f

Source: Sinar Harian


KUCHING - Tiada kes penyakit kuku dan mulut (FMD) melibatkan lembu dan kambing yang diternak di Sarawak setakat ini, kata Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.

Beliau berkata, Sarawak telah mengharamkan pengimportan lembu dari Indonesia berikutan wabak tersebut dikenal pasti di Kalimantan Barat.

Justeru, beliau berkata, ternakan yang akan dikorbankan sempena Aidiladha di negeri ini adalah sihat serta bebas penyakit.

"Jabatan Veterinar telah mengenakan sekatan atau Kawalan Pergerakan Ternakan dari kawasan kawalan FMD ke kawasan yang lain. Setakat ini, bahagian yang telah diwartakan sebagai kawasan kawalan FMD ialah Kuching, Serian, Sri Aman, Miri dan Limbang,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, Sarawak memerlukan kira-kira 2,000 ekor lembu setiap tahun bagi ibadah korban dan bekalan haiwan itu adalah mencukupi.



Copyright © 2023 Department of Veterinary Services Sarawak
Last Updated On 15 Apr 2024

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Friday
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter closed
picture Polls
picture Announcement