DVSS | Be a Key Champion Farmer, ASF
Di kala dunia sedang giat memerangi wabak pandemik manusia, Demam Babi Afrika atau African Swine Fever kian menjadi ancaman terhadap kehidupan dan sosioekonomi kita.
Walaupun virus ASF tidak merbahaya kepada manusia, penyakit ini amat senang berjangkit dan berupaya menyebabkan kematian tinggi kepada babi ternak dan babi hutan, sehingga mengakibatkan kerugian besar dan sekatan perdagangan terhadap negara secara menyeluruh. Penternak babi berskala kecil atau penternak babi kampung adalah antara kumpulan sangat berisiko berdepan dengan wabak penyakit ini.
Dalam usaha mempertingkatkan tahap biosekuriti di ladang dan kawasan ternakan babi kecilan, pertubuhan Food and Agriculture Organization dari United Nations (FAO) melalui Emergency Centre for Transboundary Animal Diseases (ECTAD) berpusat di Asia Pasifik (RAP) telah menghasil satu animasi mudah dan informatif mengenai Demam Babi Afrika sebagai dorongan kepada penternak babi kecil untuk menjadi “Penternak Juara!” seperti En. Steven.
Langkah biosekuriti baik yang diamalkan secara konsisten dalam penternakan babi kecilan dan ladang mampu menyelamatkan jutaan ternakan babi dan mencegah kebinasaan terhadap ekonomi penternakan skala kecil. |