Sarawak ID | Register
Polls
Announcement

News

Majlis Penutupan Bengkel Keselamatan Makanan Sarawak-Belanda
Posted on : 18 Jan 2023  Source of News: Ministry of Food Indsutry, Commodity and Regional Development Facebook Page
 

Source: Ministry of Food Indsutry, Commodity and Regional Development Facebook Page

KUCHING | 18 Januari 2023

Menteri Industri Makanan, Komoditi & Pembangunan Wilayah Sarawak, YB Dato Sri Dr Stephen Rundi Anak Utom hadir menyempurnakan Majlis Penutupan Bengkel Keselamatan Makanan Sarawak-Belanda di Hotel Pullman pada petang hari ini.

YB Menteri dalam ucapan penutupan beliau berharap para peserta memanfaatkan pengetahuan dan perkongsian yang diperoleh sepanjang bengkel tersebut.

Beliau yakin jalinan kerjasama bersama Belanda ini akan membantu membangunkan sektor pertanian dan industri makanan di Sarawak memandangkan negara Belanda merupakan pengeksport makanan ke-2 terbesar di dunia walaupun memiliki keluasan negara yang kecil.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan keperluan untuk mewujudkan task force yang akan bertanggungjawab mempercepatkan pelaksanaan hasil dapatan daripada bengkel ini. Ini kerana sebarang usaha atau inisiatif untuk meningkatkan tahap keselamatan makanan di Sarawak perlu dilaksanakan dengan segera sejajar dengan aspirasi Kerajaan Sarawak melalui PCDS 2030.

Hadir sama Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi & Pembangunan Wilayah Sarawak (Industri Makanan), YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman Haji Ismail; Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi & Pembangunan Wilayah Sarawak (Komoditi & Pembangunan Wilayah), YB Tuan Martin Ben; Setiausaha Tetap M-FICORD, YBhg Datu Edwin Abit; Pengarah Urusan Agro Machtigen Malaysia Sdn Bhd, Encik Moshe SM Bujang; dan Timbalan Setiausaha Tetap M-FICORD, Encik Sirai Daha.